3 Hari 2 Malam
Thursday, 27 March 2014 | 07:12 | 0 comments

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo... Heyyy .. tak tidur lagi ? Kita geng la kalau macam tu... penat !!! Baru balik dari kampung sebab tolong mak sedara kenduri rumah baru.. 3 hari 2 malam... hu2..siap naik bas lagi tu ... ha3..
First day ( 23.12.2013 )
otw gi balik kampung naik bas ,mula kelam kabut .Abang ingat bas naik pukul 8.30 pg .. rupa-rupanya boleh je kalau nak pukul 10.00 pg . Tapi kami sampai pukul 8.30 pg tepat-tepat depan kaunter bas . Daripada tunggu bas sampai dua jam baik terus naik.. Alang - alang kan ?
Abang terus gi kerja , tinggal la kami bertiga kat depan kaunter tu ( mak , adik dan saya ) . Tempah tiket .. Rm 14.60 semuanya... naik bas... hu3..jarang kami naik bas ,rasa lain macam sebab selalunya naik kereta je tapi semua driver kerja tak de siapa nak hantar. Opss .. saya boleh je drive tapi masih dalam pengawasan ayah... hu3.. dah dua tahun ade lesen tapi setahun tak drive buzy study .. no time to drive .. hemm :(
Naik bas . Tiba-tiba orang drive call member dia kata "Gear 3 problem sikit.. " . Memang betul dengar bunyi macam dah lama tak bawa. Bunyi besi dah berkarat.. Mak mula rasa takut.. Alhamdulillah selamat sampai..:)
Turun bas pulak , saya dan mak jalan kaki cepat-cepat nak sampai dekat rumah kampung . Kenapa ? Ha3.. nak buang air kecil .. sejuk !!! Air con kuat sangat .. Yeaaa...best naik bas..tapi kepala pening sikit...
Second day (24.2.2013 )
Mak sedara sampai... makan - makan.. Mak sedara dan ayah sedara sibuk beli barang untuk masak kenduri... Tuan empunya rumah dah keluar , hemm...kami yang tinggal ni masak lah apa yang ada ..pandai-pandai sendiri la kan ?.. simple tapi sedap tau... Kami plan buat pura -pura lapar...ha3...cepat -cepat makan dan basuh pinggan.. Semua tidur tunggu mak sedara balik,lambat sangat .Tengok - tengok pukul 4.00 ptg baru sampai.. Mati kelaparan kalau tunggu tuan rumah balik.. Pura -pura tak makan lagi..
Kupas macam - macam tuk kenduri..
Riuh dapur ..
Malam ayah balik pukul 2.15 pagi baru sampai. Mak mula risau.. abang sedara yang dari KL pun baru sampai jugak.
Full family hari tu... setiap ruang hall rumah satu keluarga punya place untuk tidur.. dah macam hari raya pulak.. ha3...rumah kampung lama kosong.. hemm :( Pakat tidur rumah baru..
Last day (25.12.12013)
Pagi-pagi dah bangun . 5.39 pagi dah semua bangun untuk mulakan tugas masing-masing.. alhamdulillah 9.00 pagi dah get ready siap.. Bacaan Yassin .. Time bacaan Yassin, ada cara bacaan yang berbeza sikit . baca Yassin tapi berhenti-henti untuk bahagian tetentu . Kami rasa pelik dengan cara bacaan marhaban.. Alhamdulillah selesai bacaan dan doa . Makan .. Selesai pukul 2.00 ptg.
Cerita keluarga pula bermula bila semua berkumpul . Cerita pasal abang sedara yang jadi bahagian rawat pesakit ICU... Seram !!! Banyak yang dia share cerita pada kami... patah sana sini. mati la..arrr ...takut...
macam -macam la... time cerita sempat pulak mak sedara wat promotion kerongsang bunga...lawa-laa tau ... Nak tempah kew ? Boleh-boleh RM 3.00 sehaja.. walaupun cerita seram tapi kadang-kadang gelak pun ada...memang takut.. Tiba-tiba potong cerita tak abis bila ayah sedara pula datang bagi borang BR1M . Semua kecoh tanya cara nak isi macam mana.. cehh !! umur tak cukup lagi nak isi...21 keatas je boleh...hemm :( tak nak ambik kisah kalau tak de kena - mengena. Makan ... balik... masa siap-siap kemas beg..Hujan turun dengan lebat . Guna payung besar yang guna masa masak dekat belakang dapur semlam .Serius lawak pun ada .. semua jalan macam itik dalam hujan . Okey ready dalam kereta. Ayah tekan " Hon" tanda untuk pergi... lawak lagi bila kat belakang , mak sedara first kami .Kami panggil mak yah . Dia lambai tangan dekat kami. Past tu tengok-tengok dekat tingkap dapur pulak ,mak sedara yang paling petah bercakap ,mok yang dengan mak we. Past tu tengok-tengok lagi dekat hall sliding door pulak ada mak sedara yang selalu buat lawak , mak uda . Kami dalam kereta gelak - gelak tengok gaya mereka... adik kata keluarga kami macam popular pulak.. Tup-tup dekat garage kereta ada lagi yang lambai tangan , ayah uda... Kami semua gelak... Mak sedara semua dah nak balik juga ,esok kerja...
Ha3.. balik... ehhhh belum abis cerita lagi yup . Tiba - tiba ....
Abang kata mana dia punya dompet. Haa !!! sudah ... ! Stop dekat Stesen minyak yang dalam hujan lebat cari dalam beg sebab masih dekat lagi dengan rumah kalau nak patah balik kan ?
Ayah mula membebel kata susah kalau hilang Ic an lesen..
Balik patah rumah kampung.. cari dalam rumah tak ada.. semua tolong cari...
Rupa-rupanya dalam beg merah dalam kereta selepas cari satu-satu beg dalam hujan lebat.. Ayah membebel jelaskan kalau hilang Ic dan lesen . Nanti tak pasal-pasal report polis kan ? Alhamdulillah jumpa juga
.. salam lagi semua untuk kedua kalinya... balik... semua senyap dalam kereta sebab penat ..
Perhh balik rumah pulak tengok-tengok hall rumah basah ... Banjir dengan air akurium ikan yang melepah keluar.. Habis kapet dan almari.. Ishh -ishhh macam -macam jadi... penat taip nak tidur dah..selesai cerita ku selama 3 hari 2 malam di kampung. :)












